Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) : Dilema antara Pelajar atau Pentadbiran

Foto_mahasiswa_1

Sepengalaman saya, saya pernah berhadapan situasi ini. Bak kata pepatah "Ditelan Mati emak, Diluah Mati Bapa", entah macamana pepatah ini dicipta wallahua’lam. Hakikatnya inilah persimpangan bagi mahasiswa terpilih ini untuk menarajui kepimpinan kampus.

Kebelakangan ini dimomokkan pula dengan 2 spesis mahasiswa (mungkin sengaja dilabelkan) samada pro-pelajar atau aspirasi. Dari bahasa pasarnya "pembangkang @ kerajaan" ini semua kononnya untuk mematangkan mahasiswa. Harus diingat AUKU itu sendiri memagarinya.

Baiklah pangkalnya diskusi ini untuk menghalusi peranan "mahasiswa terpilih" ini. Umumnya "Perwakilan Pelajar" bermakna jurus kepada PELAJAR. Bermakna "Mahasiswa Terpilih" ini harus popular dikalangan pelajar. POPULAR bermaksud berperanan kepada pelajar 300% untuk mereka.
443328516_b86f3e07b7_1

Khasnya pula, ada "mahasiswa terpilih" memilih jalan selamat dengan ditatang oleh pentadbiran. Sedar tanggungjawab mereka telah terpesong. Seharusnya "Mahasiswa Terpilih" ini adalah jambatan bagi pelajar dan pentadbiran. agak bacul jika isu pelajar gagal diselesaikan dek kerana tekanan kononnya dari  pentadbiran.

Kepada "Mahasiswa Terpilih", jadilah insan yang menguasai amanah…. wallahua’lam

Leave a Reply