BERBUDI PADA TANAH

P1010039    Mulanya saya merasa kekok untuk berladang. Tak penah buat lagi. Tunggu dusun durian dengan opah pun susah nikan nak berladang. Tapi kerana minat ni untuk tujuan komersil, saya gagahi juga.

P1010041
    Memang susah pada mulanya. Tapi atas bantuan konsaltansi dari En. Omar, segalanya berjalan lancar. Sebab, En. Omar dah buat ladang di Memali, Kedah. 3 tahun sudah. Jadi segala masalah kurang menjadi 6 bulan kerana atas nasihat pakar ni. THANX En Omar dan Ust Yusof.P1010030

    Maka pada raya ke-6, Saya, Azhar dan Muzaffar mengorak langkah ini. So dalam team En. Omar ni kami termuda. Kami namakan syarikat kami INFOGOAT. Tengok ladang EMADDUDDIN Sdn Bhd di Memali, Kedah. Ladang ni untuk ternakan kambing Boer baka. Muzafar siap peluk kambing ni. Sayang beno dia.

P1010031Ustaz Yusuf banyak bantu beri khidmat nasihat dalam pelihara kambing dan tanaman rumput napier ni. Ye napier taiwan. Benih ni kami ambil dari Pengkalan Hulu pada Encik Fuad. mula-mula ni cuma 1 tan je untuk 1 ekar.
P1220175_2
    Masa ni pagar tengah buat. Napier baru dipotong-potong. Kami nak tanam 9 mata sekali. Baru cepat naik.
So bulan pertama akan ambil masa 8 minggu. Tapi seterusnya akan ambil masa 6 minggu.

P1240178
    Gambar ni Mansor (adik Ipar Saya) tengah angkat baja ni. Baja ni Taik Kambing. THANX Mansor, ko memang hebat. Jadi Taik Kambing ni kami tabur kat ladang dulu supaya rumput tumbuh dengan elok nanti.

P2070201
    Maka bermulalah episod menanam rumput pada Raya Cina lepas. Baru untuk minggu pertama, jadi kami ada 7 minggu lagi untuk mengerjakannya… SELAMAT BERLADANG INFOGOAT

Leave a Reply