Archive for February, 2008

REUNION : Satu Seni Persahabatan

Wednesday, February 13th, 2008

Banner_1

"Jom gi jumpa kawan lama." "Seganlah. Aku dah banyak berubah sekarang."

    Antara butir yang biasa saya dengar tatkala perjumpaan tahunan ni menjengah lagi. Tegasnya, senang "berjumpa" di siber ni dari lokasi yang di tetapkan. Namun Reunion Tetaplah Reunion. Matlamat sama, Kaedah berbeza.

    "Junior" isteri saya ada berkata, "Akhi! Kami dah tak main reunion kat tempat-tempat ni, kami jumpa kat siber je." itu adalah salah satu kaedah dari generasi baru yang lebih selesa begitu dari begini.

    Tapi bagi "batch" saya BERJUMPA adalah kepuasan yang tidak dapat digambarkan. "Huish! dah berisi sekarang. Sumpah kalau lalu aku tak kenal ko." Hah! Itu ungkapan yang sinonim didengar dengan beberapa kosa yang saya rasa agak gila-gila.

P2070206
    Begitulah seninya situasi ini. Seserius Yusmie bersembang dengan Nazmi (Gambar). Sesekali bila bertemu "panas" kerusi meja, se"panas" topik" yang dibualkan. Apapun bagi "Tuan" Ridhuan tetap tenang setenang kes di mahkamah. Namun begitu Naimie masih tercari-cari butir "selang Buah" untuk mencelah.

P2070208
    Pertemuan yang telah dirancang pada petang Hari Raya Cina (7  Februari 2008) ni sikit sebanyak mencerna kaedah terbaru REUNION kami selepas 11 tahun meninggalkan bangku sekolah. Banyak pengalaman dikongsi bersama. Tidak lupa juga semakin ramai "berlumba" berumahtangga. Mungkin dah terasa "Tua" bagi yang telah berkeluarga. Meskipun begitu pertemuan ini amat bermakna.

    Kepada sahabat-sahabat saya yang "singgah" di coretan ini, saya minta sedikit pengorbanan iaitu tinggalkan nama dan no. tel  di  "comment"  untuk saya  "forward"kan kepada sahabat-sahabat yang tercari-cari.

    Kehadiran petang itu ialah :
1) Ridhuan Yusof & isteri : 012-265 2607
2) Meor Saiful  : 019-427 9554
3) K E  :  019-446 4765
4) Nazmi  :  012-436 2433
5) Yusmie  :  012-436 1047
6) Naimie  :  012-525 1000
7) Hidayatullah  :  012-252 6054
8) Toha  :  012-224 0096
9) Apai  :  012-6047022

* Jika ada pembetulan no. tel, sila tuliskan pada "comment"

SALAM UKHUWWAH… selamanya

PENDITA ZAABA : Sebutir Mutiara Bangsa

Wednesday, February 13th, 2008

4056167867
Dalam tulisannya di majalah Qalam (Bil 19:1952) beliau menyebutkan,

   

“Orang yang membiasakan dirinya meminta tolong dengan tiada berusaha sendirinya itu ialah melatih dirinya menjadi peminta sedekah.

    Maka, tidak ia akan sampai ke mana dalam pekerjaan mencapai kejayaan. Jika dapat pun olehnya ketinggian dan kejayaan itu dengan jalan demikian, tidaklah ada apa-apa yang ia boleh berbesar hati kerananya, kerana iaitu bukan dengan kudrat kebolehannya sendiri, hanya dapat dengan pertolongan orang.

    Perangai suka meminta tolong saja itu walaupun meminta tolong kepada Allah (SWT) kita sendiri tidak menjalankan usaha ikhtiar dengan secukupnya – sangat tidak betul kepada Islam ”.

* "terjumpa" sewaktu  mencari kata-kata hikmat bagi Majalah Sekolah SBP Integrasi Gopeng (BITARA ‘07). Semoga dapat mengambil iktibar dan halusi bait-bait kata-katanya.

UNTUKMU GURU

Tuesday, February 12th, 2008

21

Lagu ni saya ciptakan untuk cikgu saya yang tersayang… CIKGU NORAINI ZAINAL ABIDIN…. sekarang ni 2008 dia PK HEM kat Sekolah Raja Perempuan Taayah

DIRIMU UMPAMA DIAN
MENERANGI KAMAR KEGELAPAN
DAN NYALAAN ITU MENYINARIKU
MEMIMPINKU KEJALAN YANG SATU

PENGORBANAN YANG KAU BERIKAN
MENGAJARKU ERTI KEHIDUPAN
SILAP SALAHKU DIKAU BETULKAN
KAU TETAP TABAH MENEMPUH DUGAAN

TERIMA KASIH PADAMU GURU
SEMOGA ALLAH MEMBERKATIMU
CURAHAN ILMU KATA DAN DOAMU
JADI AZIMAT SEPANJANG HIDUPKU

JASAMU GURU TAK KU LUPAKAN
WALAUPUN ITU TAK KAU HARAPKAN
KESALAHANKU MOGA KAU AMPUNKAN
KENANGKAN DAKU DIDALAM DOAMU

BERBUDI PADA TANAH

Tuesday, February 12th, 2008

P1010039    Mulanya saya merasa kekok untuk berladang. Tak penah buat lagi. Tunggu dusun durian dengan opah pun susah nikan nak berladang. Tapi kerana minat ni untuk tujuan komersil, saya gagahi juga.

P1010041
    Memang susah pada mulanya. Tapi atas bantuan konsaltansi dari En. Omar, segalanya berjalan lancar. Sebab, En. Omar dah buat ladang di Memali, Kedah. 3 tahun sudah. Jadi segala masalah kurang menjadi 6 bulan kerana atas nasihat pakar ni. THANX En Omar dan Ust Yusof.P1010030

    Maka pada raya ke-6, Saya, Azhar dan Muzaffar mengorak langkah ini. So dalam team En. Omar ni kami termuda. Kami namakan syarikat kami INFOGOAT. Tengok ladang EMADDUDDIN Sdn Bhd di Memali, Kedah. Ladang ni untuk ternakan kambing Boer baka. Muzafar siap peluk kambing ni. Sayang beno dia.

P1010031Ustaz Yusuf banyak bantu beri khidmat nasihat dalam pelihara kambing dan tanaman rumput napier ni. Ye napier taiwan. Benih ni kami ambil dari Pengkalan Hulu pada Encik Fuad. mula-mula ni cuma 1 tan je untuk 1 ekar.
P1220175_2
    Masa ni pagar tengah buat. Napier baru dipotong-potong. Kami nak tanam 9 mata sekali. Baru cepat naik.
So bulan pertama akan ambil masa 8 minggu. Tapi seterusnya akan ambil masa 6 minggu.

P1240178
    Gambar ni Mansor (adik Ipar Saya) tengah angkat baja ni. Baja ni Taik Kambing. THANX Mansor, ko memang hebat. Jadi Taik Kambing ni kami tabur kat ladang dulu supaya rumput tumbuh dengan elok nanti.

P2070201
    Maka bermulalah episod menanam rumput pada Raya Cina lepas. Baru untuk minggu pertama, jadi kami ada 7 minggu lagi untuk mengerjakannya… SELAMAT BERLADANG INFOGOAT

profil : ASSHOIF HOLDINGS SDN BHD

Saturday, February 2nd, 2008

LogoASSHOIF HOLDINGS SDN BHD
No. 31, Jalan Raja Musa Mahadi (Jalan Dairy)
31350 Ipoh. Perak.
tel : 05-3137702
BudakKami Menawarkan Perkhidamatan :

1. KAD PERKAHWINAN : Exclusively, 1 dalam dunia, free banner atau banting (Nampak Mewah Tapi Murah)

2. NAMEKAD : semurah RM 18.00 sekotak.

3. BANNER DAN BANTING : full colour design.

lain-lain produk Flag |Cap | Logo | T-shirt | Poster | Banner | Brosure | Bunting | Lanyard | Website | Cash Bill | Envelope | Calendar | Envelope | Pamphlet | Name Tag | Book Mark | Namecard | Letterhead | Order Form| Memo pad | Book Cover | Rubber Stamp | Wedding Card | Multimedia Presentation, etc.

more information call / sms : 019-427 9554
We

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) : Dilema antara Pelajar atau Pentadbiran

Friday, February 1st, 2008

Foto_mahasiswa_1

Sepengalaman saya, saya pernah berhadapan situasi ini. Bak kata pepatah "Ditelan Mati emak, Diluah Mati Bapa", entah macamana pepatah ini dicipta wallahua’lam. Hakikatnya inilah persimpangan bagi mahasiswa terpilih ini untuk menarajui kepimpinan kampus.

Kebelakangan ini dimomokkan pula dengan 2 spesis mahasiswa (mungkin sengaja dilabelkan) samada pro-pelajar atau aspirasi. Dari bahasa pasarnya "pembangkang @ kerajaan" ini semua kononnya untuk mematangkan mahasiswa. Harus diingat AUKU itu sendiri memagarinya.

Baiklah pangkalnya diskusi ini untuk menghalusi peranan "mahasiswa terpilih" ini. Umumnya "Perwakilan Pelajar" bermakna jurus kepada PELAJAR. Bermakna "Mahasiswa Terpilih" ini harus popular dikalangan pelajar. POPULAR bermaksud berperanan kepada pelajar 300% untuk mereka.
443328516_b86f3e07b7_1

Khasnya pula, ada "mahasiswa terpilih" memilih jalan selamat dengan ditatang oleh pentadbiran. Sedar tanggungjawab mereka telah terpesong. Seharusnya "Mahasiswa Terpilih" ini adalah jambatan bagi pelajar dan pentadbiran. agak bacul jika isu pelajar gagal diselesaikan dek kerana tekanan kononnya dari  pentadbiran.

Kepada "Mahasiswa Terpilih", jadilah insan yang menguasai amanah…. wallahua’lam

PERMATA HATI AYAH IBU

Friday, February 1st, 2008

Saya bukan mendabik dada yang  sudah mempunyai keluarga. Tetapi sempena hari lahir ni saya nak abadikan kenangan ini di blogs ini sebagai tanda terima kasih dan sayang.

Pc310003
Sayang (Isteriku) : terima kasih kerana kasih sayang selama ini. Pengorbanan yang tak ternilai selama ini.
Amni Noor Syakirah (Kak Long) :  alhamdulillah…  kecerdikan anugerah Allah pada Kak Long akan ayah murnikan dengan agama.
Adni Noor Umairah (Adik) : alhamdulillah… kelincahan anugerah Allah pada Adik akan ayah murnikan dengan agama.

Pc310008
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu
dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala);
Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar
(layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang
diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala
yang diperintahkan. (Surah Al-Tahrim 66: Ayat 6)

Pc310009_1
"Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan bersih (fitrahnya) maka kedua
ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.
(Muttafaqun ‘Alaih)

"Ya Allah! Jadikanlah aku seorang lelaki dan ayah yang baik untuk keluargaku" Amin…